Pengampun.





Di sebalik warga marhaen bandar
Pelbagai auta dilemparkan
Dan cemuhan kepada aulia
Leluasa lagha, bak parahnya cemar udara tanpa penawar

Mereka lupa
Rabb sedang melihat.
Langsung . jatuh dalam kolam 'lagha'
Ke dasarnya. Jauh. Dalam.

Mereka leka.
Dengan noda duniawi.
Rabb.
Bawalh ummah ke pangkalnya.
Sebelum bara itu menyala.

Nafsu.
Menangis kegembiraan.
Memberi tahu syaitan berjaya memujuk sang jahil

Lena selesa diulit dusta
Dari tunjang hingga ke seliratnya.
Hanyut bawah tampuk jahiliyyah.

Sehingga.
satu hari Tuhan buka 'Hijab' qalbi.
untuk mereka nilai
Mereka menangis
Lambat. Telat.
Semuanya lewat!
Kau sepantasnya ke sana!
Bersama 'mereka' yang menjadi raja qalbu dan fikr sewaktu kau masih berpeluang

Bodoh
Lambat .
Sekarang jatuh ke dalam gaung celaka
Tiada jalan keluar.


Rabb.
Tolong kami.
Sayup kedengaran.
Tuhan bukan kejam.
Mereka sang zalim yang sebenar.
Zalimi sendiri.
Derita kini kau tanggung sendiri.
Hayat berakarkan nafs dan sesuka.
Heh. kini kau bayarlah segala 'halwa' yang kau nikmat.
Nangis taubat
Tuhan .
Maha pengampun.
Tuhan .
Beri jalan.
Lalu menyuluh kegelapan .
Bawa 'Mereka' keluar dari kegelapan dalam terang itu.

'hijrah melambai tangan pada jahil.
Mengucap selamat tinggal.
Dulu iman yang kurus dan selalu sakit
Sekarang gemuk lagi sihat
Iman kukuh kuat .

Merekalah penetap-penetap Jannah.
Manis hakiki.
Di Firdaus, adn, annaim dan variasi lain.
Mereka berpesta nyaman.
Tuai hasil silam di dunia
Mardhatillah kini punya mereka.
Dapat melihat zat Allah satu satunya
Nikmat yang ternikmat.
Khabar nyaman buat mereka yang punya iman.




Sincerely: Zahrah and fred.

No comments: