Pernah tak sampai satu tahap, kita rasa macam tak kenal diri kita sendiri?
Kita tak faham. Apa yang aku nak sebenarnya? Rasa tak pernah puas. Serabut, tak faham.
Sebenarnya fitrah kita lapar dan penat. Fitrah kita penat buat benda yang dia sendiri tak nak. Yang kita paksa fitrah kita terima. Yang kita tongkah fitrah. Lawan arus fitrah kita. Dia nak pergi sana, tapi kita paksa dia pergi situ.
Fitrah manusia, sukakan kebaikan. Kebaikan, kecantikan, semua buat manusia kagum. Fitrah lah tu. Faham tak, kebaikan orang lain semulajadi kita suka, itulah buktinya yang fitrah kita ni memang nakkan kebaikan. So, di detik itu, kita cubalah fahami diri kita- fitrah kita- , kenali dia, bagi apa yang dia mahu. Cari, pulang pada punca segala kebaikan, Allah. Cari ketenangan dari Dia. Balik. Anab.
Bagi aku, fitrah manusia yang sebenarnya ni adalah mencintai. I found that cinta ni terlalu power and tak patut tersalah alirkan dan gunakan. Manusia ni cari cinta hakiki. Sebab tu, kita kena kembali. Kembali kepada punca segala cinta. Pencipta cinta.
Dia dah bagi panduan nak buat kebaikan atas muka bumi ni.
Dahlah dia pandukan, bagi apa yang fitrah kita actually mahukan, reward atas kebaikan kita nanti. Syukur, Dia sememang MAHA BAIK.
Sekarang, tinggal kita, nak duduk selesa dengan sikap kecut kita, or mujahadah sikit and bagi life kita ni value. Value sangat, even tak terharga. Keikhlasan ni tak terbeli. Keikhlasan nilah semahal-mahal benda pada manusia. Even tak boleh dikategorikan sebagai mahal, sebab tak terbeli. Hanya mampu terbeli dengan redha dan cinta Allah. Takde satu manusia pun mampu usik NI, hati kita ni, takde siapa. Even jasad kita diseksa parah mana pun, tapi hati takde siapa boleh usik. The power of ikhlas. The power of desire. The power of love. Sebab tulah, kita kena alirkan cinta kita ni pada yang betul. Cinta dengan ikhlas. Buat baik tak harap balasan manuia, bukan sahaja tak mengharap balasan dari segi material, tapi dari segi kasih yang dia beri. Tak harap dia sayang kita balik. Hanya harap cinta Allah. Pada aku, cinta hanya layak untuk Allah, manakala manusia atau apapun ciptaanNya hanya layak diberi title " sayang kerana Allah " , bagi aku, takde siapa dan apa patut tembus tahap cinta ni selain Pencipta kita tu. Punca segala cinta.



No comments:
Post a Comment