Anak Zaman Ini.

Anak zaman ini.
Solatnya tertinggal di kaca tv.
Penyanyi pujaan setaraf nabi.
Kaset-kasetnya kitab suci.
Dibeli bangga dipamer rapi.
Sebagai santapan rohani.

Anak zaman ini.
Di pawagam zikirnya mati.
Pelakon pujaan bagaikan wali.
Filem-filem dan gaya pakaian,
jadi ikutan penuh kebanggaan
memenuhi trend semasa.

Anak zaman ini.
Doa tak sefasih maki hamun.
Kutuk mencarut di padang bola 
Usrah seumpama pesta hiburan.
Bila masjid hiasan pembangunan 
Quran tarafnya untuk pertandingan
Agama di sijil untuk pekerjaan
Dan ceramah tauhid itu tempat membeli undi ke parlimen.

Anak zaman ini 
Kaki arak dan hamba judi
Halal dan haram jarang dipeduli
Kerana falsafah-falsafah pujangga
Teori-teori dan formula saintis
atau riwayat pemimpin Barat
Lebih dihafal dari hadis-hadis.
Atau sejarah para sahabat,

Anak zamani ini.
Kononnya anak tabung uji
Lahir dari makmal sains dan teknologi
Hidup baginya hanya sekali.
Dijajah yahudi fikiran dan jasmani.
Dan dadah makanan sensasi.
Tidak hairan ramai menghuni penjara dan pusat serenti.


Fred

(Rujukan: Waikato.//Kumpulan puisi Kembara Ilmu//)

No comments: