Aku (Zahrah) ada buat satu cerpen, kena ikut tema waktu tu. Sekali cikgu surh masukkn kat majalah sekolah, so aku ubah sikit-2. aku masukkan dalam ni. Cerita nya memang marhaen gila, so embrace yourself for it's kemarhaenan yang terlalu kalau nak baca. Moga bermanfaat dan Allah redha.
...............................................
“ Ameen,
Ya Rabb Al Izzah...,” ucap Sumayyah
di khatim doanya.
Sumayyah mengusap wajahnya sekaligus
menghapus bening yang
luruh seusai solatnya tadi.
Akalnya terfikirkan kejahilan-kejahilan manusia
di era leluasa
fitnah ini. Variasi macam
maksiat dan nodaan
yang tidak elok
tersaji di hadapan.
Banyak yang perlu
digerakkan selaku ‘pemimpin’
di muka bumi
ini. Lagikan di zaman ‘nyawa-nyawa ikan’ ini,
masa begitu ‘efisien’
melaksanakan peranannya.
Tersilih pula imbauan
mengenai adik tunggal gadisnya, Annur. Annur Solehah. Keputusan untuk menyambung
pelajarannya ke Jordan sulit
dibuat oleh Sumayyah.
Sumayyah khuatir akan
Annur yang bakal
menempuhi detik-detik sebagai
seorang gadis remaja ketika
itu tanpanya. Ibu bapanya pula
teramat sibuk dengan
hal nafkah zahir sedang nafkah
batin anak-anaknya terabai.
Perhatian terhadap anak-anaknya
kurang, walhal anak-anak
mereka berjumlahkan dua
orang sahaja. Rasulullah SAW sendiri
pernah bertutur yang diriwayatkan Bukhari,
Muslim dan Tirmidzi :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara
anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan
memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada
api neraka.”
Sebegitu
sekali tuntutan perhatian, sabar
dan kasih yang
harus dilimpahkan kepada
anak-anak perempuan.
Amah
mereka, Bik Lela-lah tempat mereka berteduh
sayang dan perhatian. Mujur juga,
mereka punyai jiran
yang sungguh prihatin,
Chek Badri dan
Ummi Zinnirah. Ummi Zinnirah
sering menghantarkan Annur
dan Sumayyah jika
adanya sebarang hal
yang menuntut mereka
untuk dihantar, persis
drebar milik famili.
Sumayyah terkenang petikan
kalam Annur yang
metah lancangnya di
detik amarahnya membuak.
Masakan tidak, sambutan
hari lahir Annur sendiri
pun tidak didatangi
kedua ibu bapanya,
fikir Annur ketika
itu.
“ Tahu buat anak sahaja, sudah
itu lepas tangan! Ingat semudah
inikah mengurus anak? Tak
usah lahi....,”
Perk!
Tangannya
tanpa Sumayyah sedari menyinggahi pipi milik
Annur. Ah! Tuturnya
begitu biadap sekali ketika itu.
“ Annur sedar
tak, Annur hanya hamba?! Jangan berani-berani berkata
seperti itu, mereka
tetap ibu bapa
kita!” Summayah lantas
berlalu sesudah itu. Air tangis
teralir, perasaannya berbaur.
Kini, sudah tahun
yang kedua Sumayyah
menadah ilmu di
Universiti Jordan. Seandainya
jasad dan roh Annur masih bersatu
lagi di dunia
ini, pasti usianya
telah mencecah lima
belas tahun. Kira-kira
lapan bulan yang
usai, Annur dikesan mengalami
barah otak. Penyakitnya
sudah parah di
paras empat dan
tidak mampu diselamatkan
lagi dengan izin Allah menurut
perkiraan doktor. Annur menyangka,
nantiasanya sakit kepala
yang membadainya selama
ini hanya normaliti namun meleset sungguh. Sakitnya pun
dapat dikesan setelah gurunya
di sekolah membawanya
ke klinik apabila
Annur pengsan di
sekolah. Risalah untuk mengadakan
lanjutan pemeriksaan ke
hospital yang serba
lebih diberikan kepada
Ayah dan Ibu. Setelah
diperiksa, Annur menderita
barah otak!
Barulah Ayah dan
Ibu sibuk meluangkan
masa untuk Annur.
Sumayyah juga dipaksa
pulang dan menunda
sebentar pelajarannya. Senyuman
Annur, riak wajahnya jelas
memaparkan yang Annur
bahagia sungguh dengan
‘pengumpulan’ semula ahli
keluarganya. Ketika itu,
barulah Sumayyah dapat
merasakan bahang kasih
Ibu dan Ayah. Barulah Sumayyah
dapat menyaksikan Mama
menyuapkan makanan dan
begitu ambil berat sekali
menguruskan Annur. Barulah
Sumayyah tahu Ayah
seorang yang humor
sekaligus pendengar terunggul.
Bening-bening yang teraduk bermacam
perasaan terarus perlahan-perlahan menerusi pipi Sumayyah.
Segala situasi ini, tidak pernah
terjangkakannya selama hayat Sumayyah.
Sumayyah teringat sebuah
potongan konservasi di
antara Annur dan Sumayyah
:
“ Kak... Penat sangat hidup ni kan...,” ujar Annur perlahan. Mukanya meriak durja. Tawar wajahnya ketika itu.
Sumayyah senyum tawar.
“ Annur... Penat di dunia ini sekejap je. Sekejap sangat. Macam mimpi je kalau mahu diibaratkan. Di syurga nanti lagi nikmat. Infiniti. Di neraka nanti pun terlalu seksa. Infiniti.,”
Annur diam beberapa detik kemudiannya bersuara perlahan.
“ Annur bukan nak kejar syurga .....,”
Bibir Sumayyah merabak senyuman. Senyuman penuh kasih.
“ Iyalah Annur... Kakak Cuma mahu motivasikan Annur, kan Allah sendiri pun motivasikan kita dengan syurga, neraka semua tu.. Tapi biarlah matlamat hidup kita mahu kejar redha Allah, yang lain tu biar bonus je. Annur kena sentiasa ingat yang Annur hanya hamba Dia. Fahamkan betul-betul istilah ‘hamba’ itu..”
Annur membungkam. Ketika itu, Annur belum lagi terlantar di kasur hospital.
Sumayyah teringat petikan hadith Rasulullah SAW bahawa nikmat di dunia ini umpama ketika kita mencelup jari ke dalam lautan, kemudian kita mengangkat jari kita dan titisan yang tinggal di jari kita cuma itu sahajalah perumpamaan nikmat dunia. Fana’. Terlalu fana’.
Di waktu wajah
manis Annur memapar
lesi dalam kesakitannya
di hospital, Annur
berujar bahagia :
“
Annur gembira begini
takdir kematian Annur.
Sempat merasai kasih
sayang Ibu dan Ayah! Terima kasih, Ibu, Ayah,
juga Kak Sumayyah. Annur sayang semua...
Kerana Allah..,”
Bibir pucatnya
terkoyakkan senyuman.
Senyuman yang paling
bahagia Sumayyah penah lihat menghiasi wajah
Annur. Wajah Annur sungguh
syahdu. Air tangis tumpah
berarus laju di
pipi Sumayyah. Tak
sanggup Sumayyah memandang
wajah Annur, begitu
syahdunya malam itu berlalu.
Malam itu, Annur
hanya berzikir mengingati
Allah dengan mulutnya tak
henti mengungkap nama
tahir “Allah”. Jarinya
asyik menekan tasbih
digital yang dihadiahi
Sumayyah tahun usai.
Tiada lagi ucapan lain malam itu. Esoknya,
Annur tidak lagi
siuman dari tidurnya.
Annur disahkan telah
pergi, pergi meninggalkan
mereka ke hayat lain.
Pergi buat selamanya . Ibulah
insan yang paling
parah menangisi pemergian
Annur. Bengkak matanya
lima hari. Sumayyah
cuba merelakan segala
walau bukan kepalang
derja yang mehinggap
kalbunya.
Kata ibu :
“ Kenapa Annur?
Kenapa Annur, anak gadis Ibu yang muda lagi yang deritai semua ini?
Kenapa dia? Kenapa
bukan Ibu? Atau
orang lain yang
lebih layak?”
Sumayyah membalas perlahan.
“ Ibu, jangan persoalkan ketentuan Dia. Kita ini terlalu ‘tidak tahu’ berbanding Dia. Ibu, semua manusia derita. Cuma kita, kita tak duduk tempat yang lainnya. Semua manusia diuji. Bagi Sumayyah, semua manusia sama derita. Kerana itulah, sepatutnya kita lebih mengasihi sesama kita, bantu yang masih ada, jangan pandang hina mana-mana manusia, walau mereka pelaku maksiat, pandanglah mereka dengan pandangan kasihan, kerana masing-masing akan lakukan yang sama kalau berada di tempat dia..,”
Ibu diam dalam
esakannnya.
Troot! Troot! Sumayyah
tersiuman dari lamunannya.
Telefon bimbitnya lantas dicapai. Tertera
nama ‘Ibu’ yang
berstatus penghantar di skrin
telefon bimbitnya.
“Sayang.. Sudah solat
Subuh? Jadi anak
solehah Ibu okey!
Ibu sayang Sumayyah. <3 Ingat tu...,” tersebutlah
isi mesej itu.
Tertumpah air mata Sumayyah
membaca mesej tersebut.
Setiap subuh, Ibu
akan menelefon atau
menghantar mesej buat
Sumayyah bagi mengejutkannya untuk
solat Subuh. Setiap
subuh juga, air mata
Sumayyah luruh setelah itu.
Pemergian Annur benar-benar
mendidik Ibu dan
Ayah untuk menghargai.
Jangan sudah terhantuk,
baru nak terngadah!



No comments:
Post a Comment